Thursday, September 19, 2013

#Fakta Tentang Pagi

  • Amalan senaman berjalan kaki dapat menyihatkan jantung,  menurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolestrol dalam badan.
    Malah, ia juga dapat mengawal tekanan darah dan mencegah risiko darah tinggi dan strok. Secara tidak langsung, ia juga mampu meningaktkan keyakinan diri kita. Jadi sebelum kamu mulakan aktiviti kamu di pagi hari, ayuh ‘ribukan’ langkah mu.


  • Ada satu kajian yang mengatakan tidur dapat meningkatkan produktiviti seseorang. Namun kajian terbaharu menunjukan mandi juga dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti kerja. Menurut kajian oleh perusahaan PR dari Inggeris Lurce, orang yang mandi siang sering mengalami peningkatan produktiviti 42 % dan kreativiti 33%. Jadi, kalau kamu buntu untuk dapatkan idea yang lebih produktif dan kreatif, tak salah mencuba kan?

  • Selalunya kita menggunakan cermin untuk bersolek bukan? Tahukah kamu, sebenarnya cermin juga boleh memotivasikan diri.  Tak percaya ? Jom cuba lakukan!  Kamu hanya perlu berdiri di depan cermin setiap pagi dan senyum sambil bersyukur kerana kamu masih di beri peluang untuk hidup. Angkat ke dua tangan kamu kemudian letakan di muka, usap, belai dan rasa segala anugerah tuhan yang ada di muka sambil berkata dalam hati “alhamdulillah, aku masih sempurna”. Pasti secara tidak langsung kamu akan lebih menghargai diri kamu dan seakan hidup dengan semangat yang baru.

  • Setiap orang mempunyai ‘Morning Kick’ mereka yang tersendiri. Ada yang perlukan Minuman panas sebelum memulakan kerja, dan ada juga yang perlu lakukan senaman pagi sebelum bergerak ke mana-mana. Tidak kiralah apa sahaja jenis ‘morning kick’, pastikan hari-hari kamu di mulakan dengan pekara-pekara yang positif. 

No comments:

Post a Comment